Saturday, January 8, 2011

Terima Kasih Semua !!!

Alhamdulillah... Majlis Perasmian Temasya Gemilang Kolej Keris Mas telah berakhir dengan jayanya.
Walaupun ada sedikit masalah tapi itu semua tak melunturkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan ini.
Sekalung penghargaan kami hulurkan kepada Yang Berbahagia Dato' Suhaimi Bin Ibrahim, Setiausaha Politik Menteri Pembangunan,Wanita dan Masyarakat kerana sudi merasmikan pembukaan temasya ini.Terima kasih juga diucapkan kepada AJK TG2KM yang telah menyumbang dan memerah tenaga bagi menjayakan majlis kita ini. Tidak lupa juga kepada ayahanda pengetua Dr Ruslin Amir,barisan felo kolej, barisan jaksa-jaksa,dan semua pengunjung yang telah hadir di acara perasmian TG2KM.Saya wakil daripada AJK Pelaksana menghargai kerjasama yang telah anda berikan. 
Kami SAYANG korg semua... Mmmuuuuaaahhhhh !!!!


Diharapkan momentum ini akan berterusan dan menjadi pembakar semangat kepada kita semua.
Program yang seterusnya ialah pada 9 Januari 2011 iaitu Bengkel Keusahawanan.
Semua dijemput hadir kerana banyak input yang menarik menanti anda.
Makan free pun ada.... Hahahahahahaha
Mai mai semua ! Jom gempakkan bengkel keusahawanan ini.... =)

2 comments:

  1. kalau mkn saya pasti dtg!!!hahahaha..gudluck semua!!:)

    ReplyDelete
  2. student ukm: tak sempat tgok gimik..nanti uplod yuk

    ReplyDelete