Monday, November 29, 2010

Clinique: Pencarian Peserta

Kini Clinique datang dengan pencarian peserta untuk Bengkel bersama Clinique, butiran program adalah seperti berikut:
Basic Skin Care and Makeup Presentation 
  • Tarikh : 16 Januari 2011
  • Berlagsung selama : 1 jam 
  • Jam : (10.00am-11.00am/11.00am-12.00pm)
  • Tempat : Bilik Konvensyen, KKM
  • Tempat disediakan adalah terhad
  • Dapat Goodies Bag bernilai sehingga RM200
  • Bayaran masuk/pendaftaran hanya RM5/pax
  • Anda berminat??? segera dapatkan tempat yang terawal... sila mesej nama penuh, no. hp dan emel anda ke Facebook TG2KM cepat!!!

Sunday, November 28, 2010

Tumpang tanya... "Apa itu TG2KM???"

Kepada yang tidak atau kurang mengetahui mengenai TG2KM, di sini terdapat sedikit maklumat dan keterengan yang dapat menerangkan TG2KM tersebut.

LATAR BELAKANG TG2KM
Temasya Gemilang Kolej Keris Mas atau lebih sinonim dengan panggilan TG2KM merupakan sebuah acara yang penuh gilang gemilang. Program ini juga menjadi program tahunan sambutan hari keluarga di kolej ini. Acara ini dianjurkan oleh Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Keris Mas bersama ahli jawatankuasa khas yang dilantik di bawahnya. Temasya Gemilang yang sudah berusia sedekad dan mencecah usia 10 tahun. Program ini menjadi platform bagi para pelajar khususnya warga kolej bagi mengasah bakat kerja individu dan berkumpulan serta kemahiran berkomunikasi dengan pihak luar.
Bersesuaian dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin melahirkan mahasiswa/i yang berketrampilan, berilmu serta mampu bersaing dalam arus globalisasi, maka program seperti ini mampu untuk merealisasikan impian tersebut. Melalui pengalaman yang bakal diperoleh sepanjang melaksanakan program ini, mahasiswa/i akan mendapat manfaat yang menjadi bonus kepada mereka apabila menceburi alam pekerjaan kelak selain mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.


LATAR BELAKANG KOLEJ KERIS MAS
Kolej ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan dikenali dengan nama Kamsis Alumni. Kemudian, kolej ini diubah namanya kepada Kolej Keris Mas bersempena nama Sasterawan Negara, Allahyarham Kamaludin bin Haji Muhammad. Kolej Keris Mas merupakan kolej kediaman universiti yang kedua terbesar dan mempunyai bilangan penghuni seramai 2300 orang; terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan warganegara. Kolej ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana seperti dewan besar, gimnasium, Pusat Wacana Ilmu, pusat komputer dan Internet, bilik karaoke, bilik kuliah, bilik seminar dan banyak lagi.
Setelah sepuluh tahun berdiri utuh dan megah, kolej ini telah membuktikan keupayaannya merealisasikan hasrat melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kejayaan cemerlang, gemilang, terbilang dalam bidang akademik serta ko-kurikulum yang meliputi pelbagai cabang profesionalisme.

10 Tahun Sambutan
Pada tahun ini sambutan Temasya Gemilang Kolej Keris Mas mengunakan tema “10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi” Perkara ini diharapkan akan membina semangat kekitaan dan kekeluargaan warga Kolej Keris Mas termasuk pihak pengurusan dan kakitangan kolej akan terus melebar seterusnya bersama-sama memartabatkan moto kolej, iaitu “Bersatu Membina Kecemerlangan”. Temasya pada kali ini akan diadakan pada 27 Disember 2010- 16 Januari 2011, yang akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktviti yang menarik yang mempunyai unsur Ketrampilan diri, Keusahawan, Kekeluargaan dan Kemasyarakatan. Jesteru itu, program ini akan melibatkan penghuni Kolej Keris Mas serta penghuni kolej lain, juga orang awam luar dan dalam universiti.
"10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi"
Tema ini amat bersesuaian pada TG2KM pada tahun ini kerana ia berkaitan dengan penubuhan kolej keris mas dan juga pelaksanaan program ini. Inovasi menerajui transfomasi memberi seribu makna kepada warga Kolej Keris Mas kerana perkembangan inovasi telah membawa kepada suatu perubahan terhadap perkembangan pelajar-pelajar di Kolej Keris Mas yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Inovasi yang kreatif dapat mewujudkan suatu transfomasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. pada warga Kolej Keris Mas dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejajar dengan itu pemilihan tema ini juga dapat memberikan kekuatan dan pengalaman warga Kolej Keris Mas dan Universiti Kebangsaan dalam merialisasikan visi Universiti iaitu Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan. Tema ini juga turut menekan eleman-elemen Gagasan 1 Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak .Maka dengan pemilihan tema ini akan menghidupkan dan menyemarakkan lagi perkembangan minda mahasiswa kepada negara bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat serta negara agar dapat melahirkan masyarakat Malaysia Kelas Pertama.

Friday, November 26, 2010

TG2KM - Susun Silang Kata

Dalam mencorak famili TG2KM
Kita umpama membentuk silang kata
Di mana setiap satu ahli itu umpama silang kata
Tanpa salah satu daripada mereka
TG2KM kita tidak lengkap
Dan kita juga saling memerlukan
Antara satu sama lain...
"Kau" & "Mu" di dalam lagu ini
Kita maksudkannya sebagai famili TG2KM..

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu
(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)

 Ayuh semua kita siap kan silang kata ini sehingga hujungnya...

Penutupan Perkampungan

Tanggal 25 November tamatlah Perkampungan Keluarga TG2KM 2010/2011,
Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana kelancaran program kami ini. Sepanjang 3 hari mencari 'marketing', pelbagai pengalaman amat berharga telah kami timba. Perkara inilah yg amat bermakna buat kami dan mengajar kami untuk memperbaikinya pada masa akan datang. Pahit manis sepanjang perkampungan kami lalui semua bersama-sama kerana kami "1 KELUARGA TG2KM". Perjuangan kami tidak berakhir di sini, di hadapan pelbagai perkara lagi yang perlu dilalui. Justeru diingatkan buat semua keluarga TG2KM supaya jangan mudah putus asa dan teruskan perjuangan anda. Berikut adalah meeting pada jam 2000 24 November...






Kepada ahli keluarga TG2KM yang pulang ke kampung dan rumah masing-masing, semoga selamat tiba ke destinasi anda. Sekian

10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi
(POST UPDATED BY PUBLISITI TEAM)

Thursday, November 25, 2010

The Climb : Pendakian TG2KM Bermula.

The Climb. Bukan dengan sahaja lagu ini dipilih tapi ia mengandungi maksud tersendiri.The Climb. Means..Pendakian. Pendakian famili TG2KM yang kian tiba dipuncak. Beribu-ribu batu kita mendaki,berjalan,berkata..marketing sana-sini..semua adalah pengorbanan..bak kata KPE kita.So, hayatilah lagu ni..hayatilah..kerana kita pendakinya.

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

Wednesday, November 24, 2010

Pengumuman Penajaan..

     Perhatian kepada semua AZ , Timb.AZ, dan ahli setiap post, iklan buku cenderamata bagi halaman KEDUA, TENGAH & BELAKANG telah ditempah. Halaman yang tinggal adalah KULIT MUKA BELAKANG yang berharga RM 700,. ( Cepat, cepat, kita fight, hehe)

    Penajaan Premium bagi iklan bersaiz A7, A6 DAN A5 masih boleh ditempah.. Diingatkan supaya menyatakan harga bagi iklan berwarna dan juga tidak berwarna untuk pilihan syarikat mahupun individu persendirian.

     Ada sebarang pertanyaan?? Please kindly leave your comment here,. Till then, thank you..

(nk tanya kt fb pun boleh.. Search : Temasya Gemilang KKM.. Jgn lupa add as a friend ya! :)

Perkampungan Keluarga TG2KM



     Perkampungan Keluarga TG2KM adalah satu program dimana ahli keluarga TG2KM berkumpul bersama-sama untuk berbincang dan menyiapkan tugasan-tugasan mengikut post masing-masing bagi menjayakan program Temasya Gemilang Kolej Keris Mas. Disamping itu, kami juga bertungkus lumus mencari dana untuk menampung kos perbelanjaan sepanjang program berlangsung.

     Ahli keluarga TG2KM ini merangkumi Majlis Tertinggi (MT) dan beberapa post yang telah dibentuk bagi melancarkan perlaksanaan program ini. Setiap post yang dibentuk diberikan bidang-bidang tugas tertentu untuk dilaksanakan.

      Perkampungan bermula dari 22 November dan dijangka berakhir pada 25 November 2010. Diharapakan agar semua ahli keluarga TG2KM yang terlibat dengan perkampungan ini sentiasa bersemangat dan bekerjasama untuk terus menjayakan program ini.

P/S : WE STICK TOGETHER YA :) TOGETHER WE CAN DO IT!!
AYUH, BERSEMANGATLAH!!

(POST UPDATED BY: PUBLISITI & PENERBITAN TG2KM '10)