Tuesday, January 18, 2011

Akhirnya...

Dengan persembahan 160 das tembakan bunga api maka berakhirlah Temasya Gemilang Kolej Keris Mas sesi 2010/2011...  Persembahan bunga api tersebut merupakan hadiah yang teristimewa daripada Ketua Pengarah Eksekutif kepada semua AJK yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan temasya kali ini.



Ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua AJK dan individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merelialisasikan impian 10 Tahun : Inovasi Menerajui Transformasi. Ternyata satu transformasi telah disaksikan oleh ribuan mata apabila temasya kali ini dianggap temasya yang paling hebat dan gah ! Tahniah !


Tidak dilupakan kepada penaja-penaja yang sudi memberi tajaan sekali gus membantu kami dalam menjalankan gerak kerja. Tanpa sumbangan daripada anda semua belum tentu kami boleh berbangga dengan apa yang telah kami kecapi sekarang. Terima kasih sekali lagi ! =)


Dengan berakhirnya TG2KM maka dengan ini blog ini akan menyepi buat seketika sehinggalah peneraju yang akan datang mengambil alih blog ini. Di kesempatan ini, saya selaku wakil daripada semua AJK terutamanya Felo Penasihat dan juga Ketua Pengarah Eksekutif ingin meminta maaf sekiranya sepanjang penganjuran TG2KM ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati atau terasa hati. Kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.










Sekalung tahniah kepada semua TG2KM Crews ! =)

8 comments:

  1. kak chacha! nampak sangat menipu. lappy depan tu fb pulak. hahhaa

    ReplyDelete
  2. hahaha ! nak wat cmne... select all jer gambar yg ade... =p

    ReplyDelete
  3. well done ! sangat bangga dengan kalian :) Inovasi menerajui transformasi ..yeah..!

    ReplyDelete
  4. saya sayag semua Crew TG2KM

    ReplyDelete
  5. tahniah semua....rindu korang.

    ReplyDelete
  6. dmane kan ku cari ganti..................

    ReplyDelete
  7. terbaek ar korang..syg korang smue..

    ReplyDelete