Wednesday, November 30, 2011

TG2KM 2011/2012 kini menjelma

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas sesi 2011/2012 pada penganjuran kali ke-11 ini berlangsung selama 3 hari dan mengorak perubahan dari segi tempat penganjuran.
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 9 - 11 Mac 2012

Hari : Jumaat - Ahad

Masa : 8.00 pagi-11.00 malam

Tempat : Dataran dan Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kalender: Mac 2012

Dataran Gemilang UKM


Friday, November 25, 2011

Tema: Belia Cemerlang Pendokong Aspirasi Negara



“Belia Cemerlang Pendokong Aspirasi Negara”

“Belia Cemerlang Pendokong Aspirasi Negara”. Tema ini amat bersesuaian dengan TG2KM pada tahun ini kerana sebahagian besar daripada program anjuran TG2KM kali ini lebih memfokuskan kepada penglibatan goolongan belia. Golongan belia merupakan kelompok terpenting yang berperanan dalam menjana produktiviti sesebuah negara. Maka belia yang cemerlang mampu membawa negara ke arah asiprasi yang didokong. Dengan itu, program ini dilihat sejajar dengan suatu perubahan terhadap perkembangan pelajar-pelajar di Kolej Keris Mas yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tuesday, November 22, 2011

Majlis Pelancaran Logo TG2KM sesi 2011/2012

Logo merupakan identiti
bagi sesebuah badan organisasi mahupun pertubuhan
Temasya Gemilang Kolej Keris Mas pada sesi ini
juga memperkenalkan identiti kami
dengan membawa tema
Belia Cemerlang Pendokong Aspirasi Negara
Logo inilah identiti kami
Justeru sebuah majlis pelancaran logo
telah dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 22 November 2011 (Selasa)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Kafetaria KKM
Perasmi: Dr. Ruslin Amir, Pengetua KKM