Friday, December 24, 2010

Pantun Penuh Bermakna

Batu zamrud, batu permata,
Sibuk membeli di kedai nyonya,
TG2KM kian menjelma,
Bersamalah kita menjayakannya.

Berhati-hati meniti titi,
Pergi ke jeti bersama Siti,
Lakukan tugas seikhlas hati,
Semoga mantap temasya nanti.

:) :) :) :)

Monday, December 20, 2010

Warga UKM!!! Jangan Lupa ada Karnival PC 2010

Kami di TG2KM sekali lagi ingin mengingatkan bahawa Karnival PC 2010 kini semakin hampir tiba. Jangan lupa hadir dan memeriahkan program. Terdapat pelbagai kelengkapan ICT yang boleh anda dapatkan di sini. Tujuan kami memudahkan anda mendapatkan kemudahan dari awal semester lagi supaya melancarkan proses pembelajaran anda. Macam-macam ada di sini, antaranya alatan-alatan komputer, kamera, telefon bimbit dan pelbagai lagi.

Sekali lagi, JANGAN LUPA!!! "PC Carnival 2010: Echo Technology"
Bertempat di Pusanika, UKM.

Bertarikh 27-30 Disember 2010 (Isnin-Khamis)

Masa 8.00 pagi - 5.00 petang



Terus mengikuti kami di Facebook Temasya Gemilang KKM & Blog Rasmi TG2KM

10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi

Majlis Perasmian Pembukaan TG2KM

TG2KM dengan rasminya akan dirasmikan pada Majlis Pembukaan Perasmian TG2KM iaitu seperti butiran yang berikut:




Anda semua dijemput hadir memeriahkan majlis.
Nantikan kejutan yang menarik di majlis ini...

10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi

Wednesday, December 1, 2010

PC Carnival 2010: Echo Technology

(Update terbaru: 11 Disember 2010)
Temasya Gemilang Kolej Keris Mas pada kali ini akan dimulakan dengan Karnival PC 2010. Butiran program tersebut adalah seperti berikut:





PC Carnival 2010: Echo Technology

Tarikh: 27 Disember 2011 - 30 Disember 2011
Tempat: Pusanika, UKM

Karnival PC 2010 ini bertemakan "Echo Technology" dipilih bersesuaian dengan tema TG2KM iaitu "10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi". Perasmian Karnival PC 2010 ini akan dilancarkan pada 28 Disember 2011 bertempat di Pusanika, UKM. Karnival ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada majlis perasmian ini juga akan diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Liga Inovasi UKM.

Tambahan pula, Karnival PC 2010 ini diadakan selaras dengan kemasukan para pelajar pada awal semester 2  iaitu minggu ke-2. Ini bertujuan memudahkan para pelajar mendapatkan kemudahan-kemudahan ICT untuk tujuan pembelajaran di awal semester lagi. Selain itu, pada awal semester tersebut juga pinjaman kewangan pelajar PTPTN telah dimasukkan. Justeru tiada masalah bagi para pelajar untuk mendapatkannya.

"Sila dapatkan kelengkapan dan kemudahan ICT anda di PC Carnival 2010: Echo Technology"

"10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi"
(pasukan Publisiti & Penerbitan TG2KM)