Monday, February 27, 2012

ICT FAIR, BOOK FAIR Best!!

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia dan Salam TG2KM. Secara rasminya bermulalah program TG2KM dengan bermulanya ICT FAIR, BOOK FAIR yang diketuai oleh Unit ICT dan Inovasi. Program ini akan berlangsung selama lima hari bermula pada 27 FEBUARI 2012 hingga 2 MAC 2012. Orang kata 'pictures worth a thousand words' jadi jom kita intai gerak kerja yang telah dilakukan oleh AJK Pelaksana TG2KM sebelum berlangsungnya program ini, apa yang berlaku semasa perasmiannya dan gerai-gerai yang dibuka serta sokongan orang ramai yang datang.

SEBELUM PROGRAM

 PERASMIAN ICT FAIR BOOK FAIR

GERAI-GERAI JUALAN & CROWD

ICT FAIR dan BOOK FAIR memang BEST lah!!

Thursday, February 23, 2012

Perjumpaan LC (Learning Contract)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Alhamdullillah, pada 22 FEBUARI 2012, berjaya juga Majlis Tertinggi menganjurkan perjumpaan bersama dengan Ahli Jawatankuasa TG2KM seramai lebih kurang 300 orang bertempat di Bilik Konvensyen pada jam 9 malam. Perjumpaan LC ini bertujuan untuk menerangkan apa itu LC atau Learning Contract  yang amat penting untuk pelajar. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah TG2KM iaitu Saudara Shafique dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah 2, Saudara Abdullah.


Setelah selesai perjumpaan LC, kami menjalankan sesi fotografi untuk setiap unit. Insya-Allah AJK yang datang pada perjumpaan LC ini akan kekal dan terus bertahan sehingga tamat Temasya Gemilang pada kali ini.