Monday, October 31, 2011

Pengenalan TG2KM yang ke-11 bagi sesi 2011/2012



Temasya Gemilang Kolej Keris Mas atau lebih sinonim dengan panggilan TG2KM merupakan sebuah acara yang penuh gilang gemilang. Program ini juga menjadi program tahunan sambutan hari keluarga dikolej ini. Temasya Gemilang yang sudah berusia sedekad dan mencecah usia 11 tahun. 

Melalui pengalaman yang bakal diperoleh sepanjang melaksanakan program ini, mahasiswa/i akan mendapat manfaat yang menjadi bonus kepada mereka apabila menceburi alam pekerjaan kelak selain mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. 

Kolej Keris Mas merupakan kolej kediaman universiti yang kedua terbesar dan mempunyai bilangan penghuni seramai 2300 orang; terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan warganegara. 

Pada tahun ini sambutan Temasya Gemilang Kolej Keris Mas mengunakan tema “Belia Cemerlang Pendokong Aspirasi Negara”.

Tuesday, October 4, 2011

TG2KM 2011/2012 akan datang...


Temasya Gemilang Kolej Keris Mas
bagi sesi 2011/2012
kini akan datang....
Juga dikenali dengan
TG2KM...
akan tiba detiknya
dengan perjumpaan pertama
4 Oktober 2011
jam 9.00 malam
di Bilik Konvensyen KKM
maka terbentuklah
sebuah kehidupan
yang dikenali
FAMILI TG2KM
^_^
"inilah masanya... yg ku nantikan"