Tuesday, January 18, 2011

Akhirnya...

Dengan persembahan 160 das tembakan bunga api maka berakhirlah Temasya Gemilang Kolej Keris Mas sesi 2010/2011...  Persembahan bunga api tersebut merupakan hadiah yang teristimewa daripada Ketua Pengarah Eksekutif kepada semua AJK yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan temasya kali ini.



Ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua AJK dan individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merelialisasikan impian 10 Tahun : Inovasi Menerajui Transformasi. Ternyata satu transformasi telah disaksikan oleh ribuan mata apabila temasya kali ini dianggap temasya yang paling hebat dan gah ! Tahniah !


Tidak dilupakan kepada penaja-penaja yang sudi memberi tajaan sekali gus membantu kami dalam menjalankan gerak kerja. Tanpa sumbangan daripada anda semua belum tentu kami boleh berbangga dengan apa yang telah kami kecapi sekarang. Terima kasih sekali lagi ! =)


Dengan berakhirnya TG2KM maka dengan ini blog ini akan menyepi buat seketika sehinggalah peneraju yang akan datang mengambil alih blog ini. Di kesempatan ini, saya selaku wakil daripada semua AJK terutamanya Felo Penasihat dan juga Ketua Pengarah Eksekutif ingin meminta maaf sekiranya sepanjang penganjuran TG2KM ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati atau terasa hati. Kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.










Sekalung tahniah kepada semua TG2KM Crews ! =)

Tuesday, January 11, 2011

Program yang menarik sepanjang TG2KM

Debaran kian terasa ! TG2KM akan bermula secara rasminya pada 11 Januari 2011... Nak taw ape aktiviti yg menarik... Rajin2kan jari anda untuk scroll ke bawah... Haha !
















Saturday, January 8, 2011

Terima Kasih Semua !!!

Alhamdulillah... Majlis Perasmian Temasya Gemilang Kolej Keris Mas telah berakhir dengan jayanya.
Walaupun ada sedikit masalah tapi itu semua tak melunturkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan ini.
Sekalung penghargaan kami hulurkan kepada Yang Berbahagia Dato' Suhaimi Bin Ibrahim, Setiausaha Politik Menteri Pembangunan,Wanita dan Masyarakat kerana sudi merasmikan pembukaan temasya ini.Terima kasih juga diucapkan kepada AJK TG2KM yang telah menyumbang dan memerah tenaga bagi menjayakan majlis kita ini. Tidak lupa juga kepada ayahanda pengetua Dr Ruslin Amir,barisan felo kolej, barisan jaksa-jaksa,dan semua pengunjung yang telah hadir di acara perasmian TG2KM.Saya wakil daripada AJK Pelaksana menghargai kerjasama yang telah anda berikan. 
Kami SAYANG korg semua... Mmmuuuuaaahhhhh !!!!


Diharapkan momentum ini akan berterusan dan menjadi pembakar semangat kepada kita semua.
Program yang seterusnya ialah pada 9 Januari 2011 iaitu Bengkel Keusahawanan.
Semua dijemput hadir kerana banyak input yang menarik menanti anda.
Makan free pun ada.... Hahahahahahaha
Mai mai semua ! Jom gempakkan bengkel keusahawanan ini.... =)

Friday, January 7, 2011

Perasmian TG2KM 2010!!

Salam TG2KM untuk semua pembaca :)

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis perasmian Temasya Gemilang Kolej Keris Mas 2010 yang akan berlangsung 7 Januari 2011 ini jam 9 malam di Dewan Besar KKM. ;)




Jangan lupa datang tau! :)

Monday, January 3, 2011

T-shirt TG2KM is now available!!

Salam TG untuk semua :)

Berakhir sudah PC Carnival yang berlangsung di Pusanika pada 27 hingga 30 Disember 2010 yang lepas. Pada yang memberi sokongan dengan pergi melawat PC Carnival tu, terima kasih banyak-banyak diucapkan. Pada yang membeli tu, puas hati tak dengan barang-barang yang dibeli? :)

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas 2010 semakin rancak dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Dan pada 7 Januari 2011 nanti akan diadakan Majlis Perasmian Pembukaan TG2KM pada jam 9 malam di Dewan Besar KKM. Jadi, bagi menunjukkan sokongan kita terhadap temasya ni, datanglah beramai-ramai ke majlis pembukaan tu nanti okay! :D

Lagi best kalau kita, warga KKM ramai-ramai pakai t-shirt TG2KM sepanjang temasya ni berlangsung. Sure gempak kan? Barulah bersatu hati namanya ;)






Cool kan? Harga dia RM15, lengan pendek, semua saiz standard ada.

Jadi, bagi yang berminat nak beli t-shirt tu boleh membuat tempahan dengan meninggalkan pesanan di Facebook TG2KM atau hubungi saudari Azliana (0172121799) atau saudari Ainah (0176511914). Yang bukan warga KKM pun boleh beli jugak. Sila berikan nama penuh, nombor telefon, saiz, nombor bilik dan nama kolej untuk tempahan.

Ha tunggu apa lagi? Jom pakat pakai ramai-ramai jom! :D




Post Publisiti & Penerbitan