Thursday, February 2, 2012

Perkampungan TG2KM 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua penyokong TG2KM.

Alhamdullilah, agak lama juga saya tidak menulis perkembangan Temasya Gemilang di sini. Untuk pengetahuan semua, kami, barisan Majlis Tertinggi Temasya Gemilang bersama Ahli Jawatankuasa lain telah selamat mengadakan Perkampungan TG2KM pada 29 Januari hingga 2 Febuari 2012.

Objektif utama perkampungan ini diadakan adalah untuk mencari dana bagi menjalankan semua program Temasya Gemilang. Di samping itu, kami juga menyambung kerja-kerja Temasya Gemilang yang lain seperti merancang publisiti, mencari kedai-kedai yang berminat untuk membeli iklan buku cenderamata dan sebagainya.

Pada siang hari, kami menjalankan aktiviti mencari dana manakala malamnya pula kami akan berkumpul dan mengadakan mesyuarat untuk mengetahui gerak kerja setiap unit sepanjang hari berkenaan. Macam-macam cerita akan kita dengar sepanjang mesyuarat dijalankan. Pastinya ia menjadi pengalaman yang berharga kepada semua.

Antara gambar yang berjaya diambil:

Pemasaran di RTM dan TV Alhijrah




 Sesi mesyuarat Majlis Tertinggi dan AJK

No comments:

Post a Comment