Wednesday, December 1, 2010

PC Carnival 2010: Echo Technology

(Update terbaru: 11 Disember 2010)
Temasya Gemilang Kolej Keris Mas pada kali ini akan dimulakan dengan Karnival PC 2010. Butiran program tersebut adalah seperti berikut:





PC Carnival 2010: Echo Technology

Tarikh: 27 Disember 2011 - 30 Disember 2011
Tempat: Pusanika, UKM

Karnival PC 2010 ini bertemakan "Echo Technology" dipilih bersesuaian dengan tema TG2KM iaitu "10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi". Perasmian Karnival PC 2010 ini akan dilancarkan pada 28 Disember 2011 bertempat di Pusanika, UKM. Karnival ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada majlis perasmian ini juga akan diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Liga Inovasi UKM.

Tambahan pula, Karnival PC 2010 ini diadakan selaras dengan kemasukan para pelajar pada awal semester 2  iaitu minggu ke-2. Ini bertujuan memudahkan para pelajar mendapatkan kemudahan-kemudahan ICT untuk tujuan pembelajaran di awal semester lagi. Selain itu, pada awal semester tersebut juga pinjaman kewangan pelajar PTPTN telah dimasukkan. Justeru tiada masalah bagi para pelajar untuk mendapatkannya.

"Sila dapatkan kelengkapan dan kemudahan ICT anda di PC Carnival 2010: Echo Technology"

"10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi"
(pasukan Publisiti & Penerbitan TG2KM)

No comments:

Post a Comment