Sunday, November 28, 2010

Tumpang tanya... "Apa itu TG2KM???"

Kepada yang tidak atau kurang mengetahui mengenai TG2KM, di sini terdapat sedikit maklumat dan keterengan yang dapat menerangkan TG2KM tersebut.

LATAR BELAKANG TG2KM
Temasya Gemilang Kolej Keris Mas atau lebih sinonim dengan panggilan TG2KM merupakan sebuah acara yang penuh gilang gemilang. Program ini juga menjadi program tahunan sambutan hari keluarga di kolej ini. Acara ini dianjurkan oleh Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Keris Mas bersama ahli jawatankuasa khas yang dilantik di bawahnya. Temasya Gemilang yang sudah berusia sedekad dan mencecah usia 10 tahun. Program ini menjadi platform bagi para pelajar khususnya warga kolej bagi mengasah bakat kerja individu dan berkumpulan serta kemahiran berkomunikasi dengan pihak luar.
Bersesuaian dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin melahirkan mahasiswa/i yang berketrampilan, berilmu serta mampu bersaing dalam arus globalisasi, maka program seperti ini mampu untuk merealisasikan impian tersebut. Melalui pengalaman yang bakal diperoleh sepanjang melaksanakan program ini, mahasiswa/i akan mendapat manfaat yang menjadi bonus kepada mereka apabila menceburi alam pekerjaan kelak selain mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.


LATAR BELAKANG KOLEJ KERIS MAS
Kolej ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan dikenali dengan nama Kamsis Alumni. Kemudian, kolej ini diubah namanya kepada Kolej Keris Mas bersempena nama Sasterawan Negara, Allahyarham Kamaludin bin Haji Muhammad. Kolej Keris Mas merupakan kolej kediaman universiti yang kedua terbesar dan mempunyai bilangan penghuni seramai 2300 orang; terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan warganegara. Kolej ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana seperti dewan besar, gimnasium, Pusat Wacana Ilmu, pusat komputer dan Internet, bilik karaoke, bilik kuliah, bilik seminar dan banyak lagi.
Setelah sepuluh tahun berdiri utuh dan megah, kolej ini telah membuktikan keupayaannya merealisasikan hasrat melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kejayaan cemerlang, gemilang, terbilang dalam bidang akademik serta ko-kurikulum yang meliputi pelbagai cabang profesionalisme.

10 Tahun Sambutan
Pada tahun ini sambutan Temasya Gemilang Kolej Keris Mas mengunakan tema “10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi” Perkara ini diharapkan akan membina semangat kekitaan dan kekeluargaan warga Kolej Keris Mas termasuk pihak pengurusan dan kakitangan kolej akan terus melebar seterusnya bersama-sama memartabatkan moto kolej, iaitu “Bersatu Membina Kecemerlangan”. Temasya pada kali ini akan diadakan pada 27 Disember 2010- 16 Januari 2011, yang akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktviti yang menarik yang mempunyai unsur Ketrampilan diri, Keusahawan, Kekeluargaan dan Kemasyarakatan. Jesteru itu, program ini akan melibatkan penghuni Kolej Keris Mas serta penghuni kolej lain, juga orang awam luar dan dalam universiti.
"10 Tahun: Inovasi Menerajui Transformasi"
Tema ini amat bersesuaian pada TG2KM pada tahun ini kerana ia berkaitan dengan penubuhan kolej keris mas dan juga pelaksanaan program ini. Inovasi menerajui transfomasi memberi seribu makna kepada warga Kolej Keris Mas kerana perkembangan inovasi telah membawa kepada suatu perubahan terhadap perkembangan pelajar-pelajar di Kolej Keris Mas yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Inovasi yang kreatif dapat mewujudkan suatu transfomasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. pada warga Kolej Keris Mas dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejajar dengan itu pemilihan tema ini juga dapat memberikan kekuatan dan pengalaman warga Kolej Keris Mas dan Universiti Kebangsaan dalam merialisasikan visi Universiti iaitu Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan. Tema ini juga turut menekan eleman-elemen Gagasan 1 Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak .Maka dengan pemilihan tema ini akan menghidupkan dan menyemarakkan lagi perkembangan minda mahasiswa kepada negara bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat serta negara agar dapat melahirkan masyarakat Malaysia Kelas Pertama.

2 comments:

  1. kenapa tema tu terbalik?
    mana satu yg betul?

    ReplyDelete
  2. maaf tersilap dan cuai... sudah diperbetolakan... itu yg sebenarnya... terima kasih tegur... (^_^)

    ReplyDelete